Sistem Penulisan Bahasa_Maori

Secara amnya, bahasa Māori tidak mempunyai sistem penulisan. Para mubaligh yang pertama kali mencuba menulis dalam bahasa ini menggunakan abjad rumi bermula pada tahun 1814. Pada tahun 1820, Profesor Samuel Lee dari Universiti Cambridge bekerjasama dengan seorang ketua suku bernama Hongi Hika dan saudaranya asal dari Waikato untuk membuat sistem penulisan Māori secara sistematik. Usaha mereka menggunakan ejaan fonetik berhasil dengan berjayanya dan system penulisan Bahasa Māori tidak banyak berubah sejak saat itu. Perubahan kecil yang dibuat kemudian hanyalah membezakan tulisan untuk bunyi w dan wh serta penambahan makron di akhir abad ke-19. Para mubaligh melaporkan bahawa pada tahun 1820-an, orang Māori di seluruh pelusuk negera ini saling mengajarkan baca dan tulis antara satu sama lain dengan menggunakan peralatan sediaada seperti daun dan arang, pahatan kayu, dan kulit binatang apabila tidak mempunyai kertas.